Friday, 24 July 2009

To err is human, to forgive divine.

To err is human, to forgive divine - Alexander Pope

24th July, 2009

Dear Muhd. Ridhwan Abdul Jalil @ Erwanz [alislamuksb@hotmail.com] (and the Editors, Publishers & parent company of Al-Islam magazine),

I do not know you, and I hope this reaches you in good health. It seems you’ve opened up the proverbial can of worms. May I suggest a way out?

Just apologise. Say sorry for an ill-thought-out article and we all can move on to more important things.

But just in case you do not feel the need to do so, allow me to recap the situation as it stands:-

1. You authored the article entitled "Tinjauan Al-Islam dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad" (pg1)(pg2)

2. A police report was lodged in response to your article. The police investigations are still on-going.

3. Several negative comments have been made about your article. (by a Muslim, another Muslim, and several Christians – here, here, and by the Christian Federation of Malaysia)

The police may or may not recommend charges being proferred against you pursuant to Section 298A of the Penal Code. There may or may not be a sustained campaign against your article.

But let’s face it, you were a bit overzealous with the article, weren’t you? The title clearly suggests you were looking for Malay (and by implication Muslim) teenagers who had apostatized. This you did not find (and admitted in the final paragraph of your article). But was it really necessary to raise the following (unrelated) issues to pad an article that should not have been written/published in the first place (since you did not find any Malay teenage apostates)? Issues such as:

  • · Allegations that your source said that Christians getting paid in cash for converting Malay students – You never followed up on this – Why? This is a serious allegation
  • · The use of “Allah” by Christians – The issue whether or not the Catholic publication “The Herald” can use Allah in its Bahasa Melayu section is still pending in Court, but the historical basis for its usage is quite clear

You probably did not realize that taking communion in a Catholic church would cause you so much trouble, did you? Well, to keep it short and simple, communion is a sacrament in the church – This means that it is a serious thing. It is only for Christians; and for Catholics specifically, there is the issue of transubstantiation - This makes it more serious.

You were glowing in your report of the behaviour of the congregants and for this I am glad, although your account of how communion was given seem at odds with the normal way it is done generally – but that’s a discussion for another time, perhaps over tea.

Please, do the right thing and apologise. Here’s a tip: We Christians are taught to forgive – I do apologise, but I am not able to share with you my Scripture on this (since I am prohibited to do so by Article 11(4) of the Federal Constitution).

Jason Kay



"Setiap anak Adam melakukan kesilapan, Tuhan jua yang mengampunkan hamba-hambaNya" - Alexander Pope (terjemahan)

24hb Julai, 2009

Menemui En. Muhd. Ridhwan Abdul Jalil @ Erwanz [alislamuksb@hotmail.com] (serta Sidang Redaksi, Penerbit dan syarikat ibu majalah Al-Islam),

Walaupun saya tidak mengenali saudara sekalian, saya berharap warkah ini menemui anda dalam keadaan sihat sejahtera. Bolehkah saya cadangkan jalan keluar untuk situasi yang saudara kini hadapi?

Minta maaf. Pohon keampunan atas penulisan (dan penerbitan) artikel yang tidak dipertimbangkan dengan sewajarnya dan kita semua boleh mengalihkan fokus kepada perkara-perkara yang lebih mustahak.

Tetapi, sekiranya saudara masih tidak pasti sama ada saudara patut berbuat demikian atau tidak, izinkan saya merumuskan situasi kini:-

1. Saudara telah menulis artikel bertajuk "Tinjauan Al-Islam dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad" (m/s 1)(m/s 2)

2. Satu laporan polis telah dibuat berhubung artikel tersebut. Pihak polis masih lagi sedang menyiasat perkara ini.

3. Beberapa komen negatif telah dibuat terhadap artikel tersebut (oleh seorang Muslim, seorang Muslim yang lain, dan beberapa orang Kristian – di sini, sini, dan oleh Persekutuan Kristian Malaysia)

Pihak polis mungkin akan mengesyorkan agar dakwaan dibuat terhadap saudara. Mungkin juga akan terdapat bantahan yang berlanjutan terhadap artikel saudara.

Tetapi, bolehkah saya berterus-terang di sini? Saudara nampaknya telah terlanjur kata dalam artikel tersebut. Tajuknya jelas menunjukkan yang saudara ingin membuat siasatan terhadap remaja Melayu (dan secara implikasi Muslim) yang telah murtad. Saudara telah mengakui (di perenggan terakhir artikel) yang saudara tidak menemui mana-mana remaja Melayu yang murtad. Tetapi, adakah perlu dibangkitkan pula isu-isu yang lain (yang tidak berkaitan) hanya untuk memantapkan artikel yang tidak patut ditulis langsung (kerana tiada penemuan remaja Melayu yang murtad)? Isu-isu seperti:-

  • Alegasi yang sumber mengatakan bahawa penganut Kristian akan mendapat ganjaran wang tunai sekiranya berjaya memurtadkan pelajar Melayu – Saudara tidak membuat siasatan susulan – Kenapa? Ini adalah alegasi yang serius
  • Penggunaan kalimah “Allah” oleh orang Kristian – Isu samada suratkhabar Katolik “The Herald” boleh atau tidak boleh menggunakan kalimah “Allah” dalam ruangan Bahasa Melayu suratkhabar tersebut adalah kes yang masih belum diputuskan di Mahkamah, tetapi penggunaan kalimah “Allah” mengikut catitan sejarah adalah jelas.

Saudara mungkin tidak menyedari yang menyertai “upacara makan roti putih” (communion) akan membawa masalah, bukan? Biar saya rumuskan di sini. Communion adalah upacara keagamaan yang suci (sacrament) di geraja. Upacara ini adalah penting. Upacara ini hanya boleh disertai oleh penganut Kristian sahaja; dan bagi penganut mazhab Katolik, terdapat elemen transubstantiation dalam communion - Ini membuatkannya lebih penting.

Saudara ada memuji akhlak penganut Kristian, dan saya berasa gembira; tetapi laporan saudara tentang bagaimana communion diberikan agak bercanggah dengan cara communion diberikan secara amnya - tetapi isu ini boleh kita bincangkan di lain hari, mungkin dengan secawan teh.

Saya berharap saudara akan meminta maaf. Sebagai panduan: Kami penganut Kristian diajar untuk memaafkan antara satu sama lain - dan saya perlu meminta maaf di sini kerana tidak dapat memetik daripada Kitab Injil untuk makluman saudara (memandangkan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan saya berbuat demikian).

Jason Kay

No comments: