Saturday, 7 May 2011

Surat kepada Pengarang Utusan Malaysia tentang artikel “Malaysia negara Kristian?”


Kepada: Pengarang, Utusan Malaysia - pengarang@utusan.com.my

Tuan Pengarang,

1. Saya merujuk kepada artikel bertajuk “Kristian agama rasmi?” yang disiarkan di mukasurat hadapan edisi 07 Mei 2011 suratkhabar Tuan yang saya percaya diberi tajuk Malaysia negara Kristian? di edisi internet.

2. Saya adalah seorang Kristian (Protestan-Methodist).

3. Jika benar 35 paderi tersebut hendak menjadikan Malaysia negara Kristian, mereka adalah bodoh, bebal dan bahlul.

4. Artikel 3 Perlembagaan Negara jelas mengatakan bahawa “Islam is the religion of the Federation …”. Saya percaya (dan berharap bahawa) 35 paderi tersebut sedia maklum tentang implikasi undang-undang perkataan-perkataan tersebut.

5. Saya berterima kasih kepada suratkhabar Tuan kerana mengutarakan isu ini.

6. Saya berharap Tuan boleh memaklumkan 2 penulis blog tersebut untuk membuat laporan polis sekiranya mereka percaya terdapat sebab-sebab laporan polis perlu dibuat selaras dengan Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah.

Jason Kay
Melaka
07/5/2011

==========================
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Malaysia negara Kristian?

PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.

Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.

Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.


1 comment:

Adakisahnya said...

semua ahli politik melayu mahu tunjuk hero kepada orang melayu dan islam. untung2 mereka akan terpengaruh dengan helah mereka.

Peliknya mereka tahu pula apa yang mereka bincangkan. Adakah wartawan atau blogger tu ada bersama dengan mereka semasa perjumpaan? Kalau ada kenapa tak report polis.. so jangan panggil paderi BODOH kecuali sudah dijatuhkan hukum oleh mahkamah.

saya tidak fikir paderi itu mempunyai kuasa melebihi kuasa kerajaan. melainkan kerajaan mengada-adakan kuasa mereka.